KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan para pembenci pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa kelab tersebut masih muda dan mampu mengapai kegemilangan yang jauh lebih hebat.
Baginda memberi contoh, walapun masih muda, JDT hanya dalam tempoh dua tahun telah mencapai kecemerlangan dalam aspek pembangunan infrastruktur dan juga pencapaian pasukan.
Justeru,baginda berpandangan adalah lebih para pembenci JDT menjadi penyokong JDT daripada membenci pasukan itu kerana Harimau Selatan akan mencapai kehebatan yang indah pada masa depan
“Kepada penyokong-penyokong gelap JDT, jangan terlalu gembira dahulu, bawa bertenang. Hendak lihat kelab JDT berkubur, ia tidak akan berlaku. Kalah perlawanan bukanlah satu kegagalan,
“Tetapi tidak lagi wujud adalah kegagalan dan hendak menunggu JDT tidak wujud lagi, InsyaAllah ia tidak akan berlaku kerana saya masih muda, baru berusia 31 tahun,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Tunku Ismail bertitah, baginda para pembenci JDT sebenarnya sangat memberi perhatian kepada Harimau Selatan kerana mereka tidak dapat berbangga dengan pasukan sendiri.
Baginda dalam pada itu menegaskan keutamaan JDT adalah pada 13 Julai ini kerana ia perlawanan yang lebih mustahak supaya JDT dapat terus bersaing dengan Pahang yang baginda anggap ibarat Real Madrid Malaysia.
“Pasukan legenda dan kelab gergasi yang patut dicontohi di negara ini pula adalah Selangor. Mereka merupakan kelab yang cemerlang berbanding pasukan-pasukan lain di negara ini.
“Kami amat menghormati anda dan kita akan bertemu pada 13 Julai ini. Sekian daripada orang yang paling dibenci dalam bola sepak Malaysia tetapi disayangi dalam diam oleh para `haters’,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC