Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak Catat Kes Kematian...

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Kuching, Sarawak disahkan meninggal...

Zahid Ke SPRM Putrajaya...

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan datang semula...

RUU MKN 2015 Perkemas...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan...

Video: Polis Buru Lelaki...

PIHAK polis di Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman video CCTV mengenai kes ragut...

TMJ Sentiasa Ada Untuk Bola Sepak Johor Walau Bukan Presiden

BARU-BARU ini umum dikejutkan dengan perkhabaran tentang perletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 12 Julai lalu.

Tanpa memberikan sebab keputusan tersebut diambil, baginda membuat pengesahan itu di akaun Facebook Johor Southern Tigers, lantas tempatnya diganti oleh Datuk Haji Ismail Karim yang juga Setiausaha Kerajaan Johor.

TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

imageResize

Terbaharu dalam satu kenyataan malam tadi, TMJ bertitah bahawa bola sepak Johor akan terus maju walaupun bukan lagi dikemudi baginda.

Malah, TMJ turut menegaskan bahawa sokongan peminat merupakan kunci kemajuan pasukan bola sepak Johor.

“Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna bola sepak Johor tidak akan maju.

“Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor.


“Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini, tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri.”

TMJ hadir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan JDT menentang Selangor. Perlawanan berakhir dengan pasukan bimbingan Mario Gomez itu berjaya menumbangkan Selangor, 3-1.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Perletakkan Jawatan TMJ Selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori