Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pendidikan & Peluang Pekerjaan...

KUALA LUMPUR - Pendidikan bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi merupakan aspirasi...

Khidmat Tren 24 Jam...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan Tren Tanpa...

Kenderaan Bawa Tengku Adnan...

PUTRAJAYA - Kenderaan yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan...

Isu Kenaikan Harga Ayam...

PUCHONG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Tony Pua Didesak Berundur Daripada PAC

BUKIT MERTAJAM – Anggota Parlimen DAP, Tony Pua didesak supaya berundur daripada menjadi anggota panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat isu dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya beliau mempunyai maruah dan telus sepertimana yang dilaung-laungkan DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mengeluarkan kenyataan itu berkata ini kerana PAC sedang menyiasat isu berhubung dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Musa berkata ini kerana pengakuan Pua pada Rabu lepas bertemu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di Singapura, Indonesia dan London beberapa kali telah menimbulkan persoalan dan kredibiliti beliau sebagai anggota panel PAC diragui.

“Bila dia sudah berjumpa dengan editor Sarawak Report, bagi saya sepatutnya dia (Pua) jangan duduk la dalam jawatankuasa PAC, ini bercakap soal ketelusan, dia dah berjumpa dah banyak perkara yang kita dengar, sekiranya dia duduk dalam
PAC, bagaimana dia hendak menyiasat perkara itu, bagaimana dia hendak bercakap soal ketelusan, dia sendiri pun dah tak telus,” katanya kepada pemberita.

Musa ditemui selepas majlis Jamuan Mesra Aidilfitri UMNO Bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri Bukit Mertajam di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu.

Musa berkata anggota Parlimen Petaling Jaya itu yang disifatkan sebagai orang lama dalam politik dan berpengalaman perlu mengundur diri daripada terus mengganggotai jawatankuasa PAC menyiasat isu 1MDB.

“Dengan perbuatan yang dia telah lakukan itu, tinggalkanlah jawatankuasa PAC, orang akan lebih hormati dia sebagai seorang pemimpin. Apa yang dia lakukan ini memang meragukan dan menunjukkan perkara yang tidak baik berlaku,” katanya.


Rabu lalu, Pua dalam satu sidang akhbar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur mendedahkan pertemuan beliau dengan Brown beberapa kali di Singapura, Indonesia dan London.

Bagaimanapun, Pua menafikan bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi.

Dalam perkembangan lain mengenai struktur tulisan logo UMNO yang dirobohkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bulan lepas, Musa berkata pihaknya telah memperoleh permit pemasangan logo itu daripada MBPP.

Katanya, logo UMNO tersebut akan dipasang semula di hadapan bangunan Menara UMNO negeri dekat Jalan Macalister di sini dalam masa terdekat.

Isu merobohkan struktur logo UMNO itu timbul selepas pihak penguatkuasa MBPP bertindak merobohkan struktur tulisan logo UMNO kerana mendakwa parti itu tiada permit untuk meletakkan logo tersebut di hadapan bangunan menara berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori