SETIAP kali menjelangnya musim perayaan, golongan wanita sudah tentulah akan memenuhi ruang di pusat beli-belah mahupun festival fesyen bagi mendapatkan busana anggun untuk digayakan pada pagi raya ataupun ketika bertandang ke rumah saudara.
Kalau diamati, trend silih berganti meresapi dalam fesyen wanita; dari tradisional ia berevolusi kepada kurung moden, peplum, kaftan sehinggalah dress.
Itu tak termasuk lagi material kain yang digunakan; ada crepe, jacquard, cotton, rayon, chiffon, organza, satin dan lace.
Itu baru bab baju, belum lagi masuk perihal tudung dan bagaimana nak lilit, tas tangan yang nak disenadakan dengan warna pakaian, kasut tumit tinggi, alatan solek serta aksesori. Memang rumit kan?
Beralih ke fesyen lelaki, kaum adam sememangnya mudah dalam melakukan persediaan hari raya kerana mereka tidak terlalu mementingkan keseluruhan perkara. Cukup sekadar mempunyai sepasang baju Melayu dan samping, sandal dan songkok, ia sudah lengkap.
Tapi sejak setahun dua lalu, gelombang fesyen lelaki mula membawa angin perubahan apabila pelbagai elemen moden mula diterapkan dalam tatacara bergaya di pagi raya.
Selain dari variasi warna yang pelbagai, pakaian untuk lelaki juga tampil dalam versi jubah, kurta dan banyak lagi.
Tapi yang menjadi persoalannya, adakah ia mampu membawa satu nilai positif terhadap aspek budaya masyarakat Melayu di negara ini ataupun suntikan urbanisasi tersebut tak lebih sekadar eksperimen yang muncul atas dasar ‘nak cuba kelainan’.
Pelbagai koleksi berbeza yang boleh didapati di pusat beli-belah terkenal menunjukkan trend tersebut tumbuh bak cendawan, tetapi berdasarkan permintaan, adakah kaum lelaki lebih meminati kelainan yang ditampilkan atau lebih selesa untuk namak autentik dan asli?

Selain Zery Zamry yang menyelitkan elemen segar dalam rekaan, antara pereka lain yang turut sama bermain paten moden dan warna adalah Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan Jovian Mandagie.


Sebenarnya, suntikan elemen moden dalam setiap rekaan tersebut tidaklah keterlaluan dan dibuat bagi mengikuti peredaran semasa. Yelah, kadang-kadang nak juga tampil berbeza dan trendy dalam persalinan yang digayakan, kan?
Sesetengah pengguna setuju dengan kreativiti pereka fesyen yang menampilkan citarasa baru dalam rekaan yang dibuat, namun sayangnya ada pereka yang dilihat melebihi norma kerana terlalu mencuba untuk tampil unik.
Anda lihat dan nilai sendiri rekaan-rekaan ini…
Entah apa yang dikirkan tapi rasanya tak siapa sanggup untuk menggayakan pakaian seperti ini untuk ke majlis formal, tak formal mahupun hanya duduk di rumah menunggu tetamu datang!
Sama juga dengan rekaan jubah di atas, ramai yang mengkritik kerana ia terlalu pelik. Rasa canggung kan melihat jubah yang digabungkan dengan ciri-ciri sut?
Apa-apapun, tak salah kalau sesuatu persalinan hari raya itu bernada kontemporari, asalkan tahu batasan yang boleh dilakukan.
Kita kenalah fikir, adakah logik hendak bergaya terlampau ketika melakukan solat hari raya dan bertamu di rumah sanak-saudara hari raya di kampung.
Ingat, dalam seronok nak jadi yang paling menonjol, jangan pula ada yang tampil macam badut!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Cereka Pendek Hari Raya Rizalman Ibrahim 2015