Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Identiti 6 Mayat Mangsa...

HUTAN MELINTANG - Identiti enam daripada 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot...

Maszlee ‘Hangus Dibakar Netizen’...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek dikutuk oleh netizen gara-gara cuba...

Jacky Pecah Rekod Sukan...

ATLET lempar tukul besi, Jacky Wong Siew Cheer, melakar sejarah baharu apabila berjaya...

Wanita Tembak Mati 3...

ABERDEEN - Tiga maut, manakala tiga lagi cedera apabila seorang wanita melepaskan tembakan...

Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Masih Sibuk

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih sesak dengan pertambahan kenderaan setakat pukul 10 malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata aliran trafik dari utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan Kuala Kangsar ke Hentian Rawat dan Rehat Sungai Perak.

Beliau berkata aliran trafik juga perlahan dari Ipoh ke Hentian Sebelah Simpang Pulai serta dari Tapah ke Slim River.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Bentong ke Bukit Tinggi serta sebelum Plaza Tol Gombak hingga ke persimpangan pusat bandar.


Bagaimanapun, aliran trafik masih lancar di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori