Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DUN Melaka Turut Dibubar...

MELAKA - Dewan Undangan Negeri Melaka dibubar esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum...

Pelajar Kejutkan Rakan-Rakan Tentang...

REMBAU - Seorang pelajar yang menyedari terdapat percikan api menyelamatkan 36 rakannya yang...

Konfius Bila Syampu RM2...

PACKAGING syampu ini memang nampak sebijik dengan jenama syampu terkenal.Hingga kita yang melihat...

Bukan Perkara Baharu Nurul...

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai...

Trafik Meningkat Di Lebuh Raya Utara-Selatan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di arah Selatan dan Utara dilaporkan meningkat di beberapa tempat setakat 2.30 petang berikutan penambahan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Nilai ke Seremban, Port Dickson ke Linggi Pedas, Kulai Jaya ke Sedenak.

“Trafik mula sesak sebelum dan selepas Plaza Tol Simpang Ampat, namun tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini. Keadaan trafik masih terkawal,” katanya di sini hari ini.

Visual terkini keadaan lalu lintas di lebuh-lebuh raya utama yang disediakan laman web www.jalanow.com juga menunjukkan kenderaan bertali arus di KM372.6 dekat persimpangan Slim River dan di KM80.1 dekat Ayer Hitam.


Laman web itu juga menunjukkan aliran trafik ke Pantai Timur mula perlahan dari Karak berdekatan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori