Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kualiti MRSM Terjaga Walau...

BANDAR SRI JEMPOL - Kualiti kecemerlangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetap terjaga...

Najib Sihat, Mahu BN...

SUNGAI BESAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang...

EPL: Saya Perlu Lebih...

LONDON - Louis van Gaal membalas kritikan atas permulaan hambar Manchester United di...

Tambang ERL Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Tambang bagi perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) terpaksa...

Tubuhkan Tribunal Jenayah Untuk MH17

KUALA LUMPUR – Negara-negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu.

Wisma Putra berkata lima negara iaitu Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine berpendapat tribunal jenayah bebas yang ditubuhkan oleh majlis itu, mencerminkan standard antarabangsa tertinggi, akan menjadi medan terbaik bagi memastikan keadilan untuk mangsa dan orang yang tersayang.

“Lima negara berkenaan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan bagi tribunal itu untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman dan menghalang mereka yang akan mengancam penerbangan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Wisma Putra berkata penubuhan tribunal jenayah antarabangsa di bawah Bab VII Piagam PBB untuk tujuan ini akan menghantar mesej yang jelas bahawa komuniti antarabangsa tidak akan bertolak ansur dengan tindakan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa dengan membahayakan penerbangan awam.

“Tribunal yang diwujudkan majlis ini akan memastikan sokongan antarabangsa yang luas untuk pendakwaan dan akan memaksimumkan proses mendapatkan kerjasama antarabangsa, yang akan diperlukan untuk pendakwaan yang berkesan.


“Ia juga akan menjadi respons yang sesuai bahawa kejadian dan implikasi berkaitan untuk keselamatan penerbangan awam menjejaskan kepentingan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya,” katanya.

Kesemua 298 penumpang dan kru penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur maut setelah pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.

Kenyataan itu menyebut sejurus nahas MH17, Majlis Keselamatan telah menerima pakai Resolusi 2166 yang menuntut mereka yang terlibat dalam kejadian itu perlu bertanggungjawab dan semua negara memberikan kerjasama penuh dalam usaha mewujudkan akauntabiliti. – BERNAMA

https://youtu.be/gHEOuyV2sFY

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori