Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ada Yang Dilamar Terus,...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengakui ramai Ahli...

Zaid Ibrahim Dibebaskan Tanpa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas...

SPRM Bakal Guna Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu...

Botol, Beg Plastik Ditemui...

JAKARTA - Seekor paus sperma yang ditemui mati di sebuah taman negara Indonesia...

Tun M Masih Mampu Hiburkan Tetamu Pada Usia 90-an

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang genap usia 90 tahun pada Jumaat, seperti biasa masih suka bergurau pada sambutan hari lahir beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, malam tadi.

Mengaku bahawa ‘bercakap’ menjadi kekuatannya selama lebih 40 tahun, perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu bersyukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik kepadanya dan beliau masih boleh bergerak.

Apabila Dr Mahathir, yang berpakaian baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat diminta menyampaikan beberapa patah perkataan sempena hari jadinya, beliau secara berjenaka berkata beliau boleh menyampaikan ucapan politik sekarang kerana beliau berdiri di hadapan mikrofon.

“Tetapi saya tidak boleh membuat ucapan semasa majlis perkahwinan dan hari lahir. Pastikan dewan dipenuhi dengan para hadirin, dan saya akan berkempen,” katanya disambut dengan gelak-ketawa dan tepukan daripada kira-kira 250 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Dr. Mahathir, yang diiringi oleh isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, berkata beliau menikmati usia 80-an semalam dan hari ini beliau mencapai usia 90-an.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir di sini hari ini untuk membantu mengingatkan saya bahawa saya semakin tua,” katanya.


Dr Mahathir berkata beliau amat bersyukur kerana berpeluang hidup sehingga mencapai usia 90 tahun dan dikelilingi oleh ahli keluarga yang dikasihi, kawan-kawan baik dan rakan-rakan yang berdiri teguh di belakangnya, baik masa senang mahupun susah.

Terdahulu, Dr. Mahathir dan Dr Siti Hasmah, tiba pada 6.45 petang untuk menyambut hari lahirnya dan acara bermula dengan bacaan doa selamat bersama keluarga dan rakan-rakan, diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama tetamu.

Para hadirin kemudian bersama-sama menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir’ sebanyak dua kali untuk Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, yang akan mencapai usia 89 tahun Ahad ini sambil kedua-dua mereka memotong pulut kuning dan kek.

Bekas perdana menteri itu kemudian menyertai tetamu untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih diimamkan oleh Imam Masjid Amr Ibn Al’Ass yang terkenal di Kaherah, Mesir Sheikh Muhammad Jebril. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori