Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tarif Elektrik Baru Diumum...

Tarif elektrik baru untuk 2022 - 2024 akan diumumkan sebelum 1 Februari ini,,...

Noraniza Mahu Keamanan, Kemakmuran...

RATU Pop Etnik Malaysia iaitu Noraniza Idris mengakui sudah terbiasa dengan pemerintahan sedia...

Pejabat Anwar Kini Setara...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang semalam, menyerahkan...

Ketua Polis Perlis Baharu...

KANGAR - Ketua Polis Perlis yang baharu, Datuk Azisman Alias berazam menurunkan kes...

Tunggu Dan Lihat Pakatan Baharu Pembangkang

KOTA BHARU – PAS akan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ cadangan penubuhan pakatan baharu pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, “Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu,” katanya sinis.

Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.

“(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi…siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi,” katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baharu pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.


Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baharu yang bakal ditubuhkan.

Penubuhan pakatan baharu pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS. – BERNAMA

https://youtu.be/ONtlirPDesU

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori