Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Laporan Pembatalan Kadar Baharu...

PUTRAJAYA - Laporan mengenai pembatalan kadar baharu visa Arab Saudi yang tersebar di...

AS, EU Kecam Polis...

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengetuai bantahan antarabangsa terhadap polis...

Majikan Rogol Pekerja Indonesia...

SIBU- Seorang pengusaha kantin sekolah berusia 43 tahun telah ditahan atas tuduhan merogol pekerjanya yang berbangsa Indonesia setiap hari...

“Kita Perlu Rendah Diri,...

PETALING JAYA - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata, sebagai...

UMNO Sungai Besar Batal Hasrat Menjemput Muhyiddin Yassin

UMNO Bahagian Sungai Besar telah membuat keputusan membatalkan hasrat untuk menjemput YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar Tahun 2015 yang dijadualkan pada 30hb Ogos 2015.

Keputusan untuk membatalkan jemputan ini dibuat dengan mengambil kira suasana politik semasa.

Umum telah sedia maklum dengan rombakan Kabinet Malaysia yang telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28hb Julai 2015 yang lalu.

Rombakan Kabinet ini dilakukan setelah YAB Perdana Menteri mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran kerajaan.

Mengambil kira faktor ini, UMNO Bahagian Sungai Besar sangat khuatir sekiranya jemputan ini diteruskan, insiden yang berlaku ketika YB Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras yang mana beliau telah secara terang-terangan mengkriktik dan mempertikaikan isu 1MDB yang mana sedang dalam proses siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berulang dan sekaligus mengeruhkan keadaan politik Negara.

Kenyataan beliau tersebut adalah bertentangan dengan Prinsip Tanggungjawab Bersama “Collective Responsibility” dan sekiranya berulang, ia boleh memecahbelahkan kepercayaan ahli akar umbi kepada kepimpinan Parti dan menjejaskan pentadbiran Kerajaan yang baru diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, berpendapat bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO perlu memberi peluang, ruang dan memberi kerjasama kepada YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dalam menangani isu ini.


YB Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak faham dan sengaja mengkritik kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak rentetan isu 1MDB yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Beliau seolah-olah ‘menipu’ dalam memberi pendapat dalam isu 1MDB yang mana kenyataan beliau jauh bertentangan dengan usaha yang sedang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani isu ini.

Sekiranya jemputan ini diteruskan, saya sangat khuatir dan bimbang dengan kenyataan-kenyataan dari YB Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti ini akan mengelirukan ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Sungai Besar dan menggugat kesetiaan serta kepercayaan ahli-ahli akar umbi kepada pucuk pimpinan parti.

Selaras dengan keadaan politik semasa dan kepentingan Parti serta kesejahteraan UMNO, saya ingin menggesa agar YB Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat dari arena politik dan mengundur diri secara terhormat dengan melepaskan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ini adalah sangat penting agar kepimpinan parti dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan tanpa gangguan dari dalaman. Gesaan ini juga selaras dengan pengguguran jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

YBHG. DATO’ JAMAL MD YUNOS
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar
30 Julai 2015

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori