SEJAK undang-undang di Amerika Syarikat membenarkan perkahwinan sejenis, aktor Matt Dallas merupakan antara komuniti Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual (LGBT) yang terawal mengambil keputusan untuk mengahwini teman lelakinya seorang pemuzik, Blue Hamilton.
5 Aktor Hollywood Yang Hot Tapi Kecewakan Ramai Perempuan
Berkahwin pada hujung minggu lalu, Matt yang popular menerusi drama bersiri terbitan ABC Family, Kyle Xy berkongsikan berita itu dengan pengikut di laman Instagramnya.
Menulis, “Mr. dan Mr. Dallas”, pelakon kacak itu memuat naik fotonya dan pasangan memegang sijil perkahwinan mereka di luar bangunan mahkamah.
Seperti mana Matt, Blue turut memuat naik gambar sama dengan keterangan, “Perkenalkan Mr. dan Mr. Hamilton”.
Matt sebelum ini mengumumkan pertunangannya di media sosial pada Januari 2013 dan dia merupakan antara selebriti Hollywood yang berani membuat pendedahan mengenai orientasi seksualnya secara terbuka.
Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah membenarkan perkahwinan sejenis di seluruh negara itu berkuatkuasa 26 Jun lalu.
Sebelum ini hanya sesetengah negeri sahaja di negara Uncle Sam itu membenarkan perkahwinan sesama jantina.
Kebanyakan rakyat di sana menyambut baik perkara tersebut atas dasar hak kesamarataan manusia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHAR