UMUMNYA ramai yang sudah ketahui, saki-baki kaum nabi Luth kini semakin berani mendedahkan identiti mereka kepada masyarakat.
Kenapa? Ia kerana mereka semakin diterima sejak hak mereka dimartabatkan oleh Mahkamah Agung di Amerika Syarikat baru-baru ini yang meluluskan perkahwinan sejenis di sana.
Walaupun secara logiknya hubungan sejenis atau gay itu bertentangan dan salah di sisi undang-undang namun rata-rata masyarakat kini dilihat terlalu berfikiran terbuka dan menerima golongan ini seadanya.
Namun, tidak semua masyarakat bersikap terbuka seperti Amerika Syarikat dan Ireland, video eksperimentasi yang menjadi viral ini membuktikan Rusia adalah salah satu negara yang menentang gejala homoseksual atau LGBT.
https://www.youtube.com/watch?t=195&v=wgm3lb9JUU0
Walaupun tidak menyalahi undang-undang di Rusia tetapi masyarakatnya sangat mengutuk perbuatan itu.
Lihat sahaja dalam video ini, pasangan gay yang mendedahkan identiti mereka secara umum akan dikeji serta dicerca malah ada yang mahu bergaduh dengan mereka.
Orang ramai yang bertindak seperti itu nampak gayanya sedikit sebanyak menggugat kedudukan golongan itu untuk terlalu yakin memperjuangkan sesuatu yang sah-sah melanggar fitrah manusia. – MYNEWSHUB.CC