SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat secara tidak sengaja berjaya merakam kejadian sebuah restoran makanan segera, Wendy’s yang disambar kilat dan petir, baru-baru ini.
Rakaman itu kemudiannya dikongsikan menerusi akaun Youtube yang mencatat jumlah tontonan lebih 75,000 sehingga kini.
Pada mulanya, Hollin Hoffman dikatakan saja-saja merekodkan video hari hujan di kawasan kediamannya.
Namun, tak disangka-sangka satu kilat besar menyambar tepat ke arah restoran terbabit yang jelas kelihatan menerusi rakaman berdurasi 10 saat itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ