Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penyanyi Natalie King Cole...

PENYANYI terkenal era 1980 dan 1990-an, Natalie King Cole, yang juga merupakan anak...

Petugas Media Terima Janji...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 pengamal media daripada 144 agensi akan mula mendapat...

Nyawa 174 Penumpang, Anak...

BERDEBAR... Nyawa 168 penumpang, dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan ‘tergantung’ selepas...

Mohamad Fail Rayuan Keputusan...

SEREMBAN - Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan...

Video: Kisah Benar Sebalik Iklan Raya Astro 2015

SUASANA Ramadan tidak lengkap rasanya jika tidak diringi iklan-iklan menarik bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menariknya kali ini, pihak Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul Tiada Noktah Untuk Kemaafan.

Diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, iklan ini mengupas pengertian sebenar `kosong-kosong`.

Berlainan dengan iklan-iklan terdahulu, Tiada Noktah Untuk Kemaafan memaparkan sebuah kisah benar mengenai seorang pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah bernama Herman dan bapanya.

Menampilkan elemen nilai kemaafan, kisah keluarga ini belum pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini.

Keunikan dan nilai pergertian iklan komersial ini terserlah melalui penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa.


Bagi kami, iklan kali ini sememangnya sangat memberi impak kepada penonton.

Konsep iklan raya Astro pada tahun ini adalah berlainan berbanding tahun-tahun lalu yang biasanya menampilkan barisan selebriti popular seperti Lisa Surihani, Johan, Erra Fazira, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Hanis Zalikha.

Syabas Astro, kelainan kali ini sememangnya mampu mengubah pemikiran masyarakat tentang kepentingan mengeratkan silatulrahim dan bermaafan terutama di bulan yang mulia.

Tak hairanlah, iklan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengguna YouTube sekaligus menandakan mesej tersurat yang terkandung di dalamnya sampai ke hati penonton. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori