Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Roy Ricardo Dakwa Lagu...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Indonesia, Roy Ricardo, 29, mendakwa karya hitnya, Semalem...

SAM, CAP, Nelayan Gesa...

BALIK PULAU - Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) serta...

Duta Korea Utara Naik...

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin...

Mesyuarat SPR Tentukan Tarikh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil...

VIDEO: Lelaki Malu Dihakimi Rakan Sekolah Kerana Mencuri

LUMRAH setiap manusia yang berjumpa dengan rakan-rakan yang telah terpisah setelah sekian lama akan berasa malu dan sedikit janggal.

Namun, perasaan itu akan kembali normal dan bersahaja selepas masing-masing menceritakan kisah kejayaan dalam hidup yang telah dicapai.

Tidak seperti lelaki ini, jelas dia terasa begitu malu serta tidak sangka bahawa hakim yang akan menghakiminya dalam mahkamah kerana kesalahan yang dilakukan adalah rakan sekolahnya dahulu.

Arthur Booth ditahan kerana dituduh mencuri dan pecah rumah telah dihakimi oleh rakan sekolahnya, Hakim Mindy Glazer yang mendakwa beliau seperti pernah melihat suspek sebelum ini.

Mereka berdua pernah bersekolah di Sekolah Menengah Nautilus dan selalu bermain bersama-sama ketika itu.

Sebaik ditanya oleh hakim itu, Arthur dilihat terus menangis, mungkin terasa malu dengan dirinya jika dibandingkan dengan Mindy.

“Saya selalu terfikir apa akan berlaku pada awak, saya sedih melihat awak di sini,” kata Mindy.


https://www.youtube.com/watch?t=53&v=HTCw1fsfSb4

Menurut saudara Arthur, dia merupakan pelajar bijak dan seorang atlet tetapi dia berakhir ketagihan dadah dan hidupnya mula huru-hara.

Mindy mengucapkan semoga berjaya kepada Arthur dan berharap perkara ini akan kembalikan semangatnya untuk tukar haluan hidup agar jadi lebih baik.

Walaubagaimanapun, Mindy telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak AS$44,000, namun Arthur kini masih lagi dalam tahanan. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori