Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Remaja Bangladesh Ditahan Cuba...

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja warga Bangladesh ditahan ketika cuba mencuri duit tabung...

China Komited Bantu Cari...

KUALA LUMPUR - Negara China mengulangi komitmen untuk terus membantu mencari dan mengesan...

Duda Anak 3 Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang duda anak tiga mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MIC: Tempoh Pemilihan Semula...

KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat...

Video: Lelaki Mengamuk Dituduh Curi Handphone Di Low Yat

PUSAT tumpuan jualan barangan elektronik terkenal, Plaza Low Yat telah digemparkan dengan satu pergaduhan melibatkan pembeli dan sebuah premis telefon bimbit kira-kira jam 7.50 malam, semalam.

Kes tersebut bukan sahaja kecoh kerana ada adegan kejar mengejar antara pembeli dengan peniaga, malah ia kemudiannya menjadi topik hangat pengguna media sosial.

11223857_10154373596399572_948373366010089118_n 11742794_10154373596444572_2836337340984249191_n 11219566_10154373596434572_2624694031983380728_o 11161347_10154373596409572_8966205150250497461_n (1)

Berdasarkan cerita-cerita yang dikongsikan netizen, ia bermula setelah seorang pelanggan Melayu berasa tertipu apabila sebuah telefon bimbit jenis Oppo yang baru dibelinya bermasalah.

Dia kemudiannya datang semula ke kedai dan menuntut wangnya dikembalikan. Walau bagaimanapun, dia dikatakan telah dihalau oleh peniaga kedai itu dengan cara biadab.

Malah, pembeli itu dikatakan turut ditahan oleh pihak polis untuk siasatan sebelum dilepaskan. ‘Angin’ dengan penipuan yang dibuat kedai telefon itu, pembeli terbabit kembali bersama beberapa orang rakannya.

Apa lagi, bertempiaran larilah peniaga kedai tersebut!

Untitled

Turut terdedah, butir didakwa salinan perbualan peniaga terbabit yang nyata bersandiwara merakam video pergaduhan sekerat dan membuat laporan polis terhadap pembeli terbabit untuk melindungi perkara sebenar..

bukti cina lowyat penipu

Dalam reaksi kepada isu tersebut, ramai netizen memihak kepada pembeli. Menurut pendapat rata-rata individu di laman sosial, sebagai pelanggan yang teraniaya dia sememangnya mempunyai hak untuk menuntut kembali wangnya. Tapi biasalah, mana ada penjual yang nak beri balik wang hasil kerja menipu, kan?

Menerusi perkembangan terkini, seorang individu telah ditahan pihak polis untuk siasatan kes tersebut. Memetik kenyataan dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, individu tersebut dikatakan telah memecahkan peralatan di premis berkenaan sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM70,000.

Malah, dia turut ditahan atas kesalahan mencederakan peniaga kedai berkenaan.


“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang daripada mereka ditahan pengawal keselamatan kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis,” ujar beliau kepada Sinar Harian.

Yang salah tetap salah.. tapi satu perkara yang ingin di’highlight’ kat sini, mohon pihak berkuasa alert tentang kualiti barangan yang dijual di Low Yat yang agak meragukan.

Ini bukan pertama kali kes pembeli terbeli telefon bimbit tak berkualiti dari sana, cuma mungkin kali ini mangsa tersilap langkah sebab terlalu ikutkan perasaan ketika bertindak.

Cubalah dengar juga luahan pembeli teraniaya yang sekian lama didengar berlaku membabitkan peniaga di Low Yat, tu belum cerita betapa ‘gangster’ peniaga kat sana, betul tak?

Apa pun kepada para pengguna yang terasa ditipu, gunalah saluran betul untuk menuntut hak anda kembali scara bijak. Salah satunya, salurkan aduan anda terus kepada KPDNKK DI >> SINI

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pergaduhan Di Plaza Low Yat (Video 1)

https://www.youtube.com/watch?v=9P7L7RApjmM

Pergaduhan Di Plaza Low Yat (Video 2)

Pergaduhan Di Plaza Low Yat (Video 3)


Rakaman CCTV Pergaduhan Di Low yat by mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori