Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

978 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 978 orang setakat...

Inilah Masjid Paling Sejuk...

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat...

Mahathir Seperti Hilang Arah,...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti hilang arah sejak kebelakangan ini dan...

KAFA Akan Temui FMLLP...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menemui Football Malaysia Limited...

Video: Sesi Dialog Kecoh, Lim Kit Siang Dihalau Dengan Penyapu!

MUNGKIN figura ini berjaya menawan Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum yang lalu namun beliau mahupun parti dinaunginya, DAP masih gagal menambat hati sesetengah warga Johor.

Mana taknya, semalam, dalam satu majlis perjumpaan di sebuah kedai kopi di Masai, Lim Kit Siang telah diserang oleh sekumpulan individu yang menggesanya supaya berhenti berucap.

Parti Satu Kaum Tidak Boleh Tadbir Malaysia – Kit Siang

Menurut saksi kejadian, acara yang bermula pada jam 2 petang itu bertukar kecoh apabila kira-kira 50 individu menyerbu masuk ke dalam premis, malah dikatakan membaling objek seperti cawan, mangkuk plastik dan serta penyapu ke arah Lim. Walau bagaimanapun, Kit Siang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain itu saksi turut memaklumkan bahawa kumpulan tersebut turut melaungkan pelbagai kecaman antaranya “Balik Kit Siang”, “Babi”, “Komunis” dan “Mampus”!

4 3 2

Walaupun terdapat beberapa orang anggota polis di tempat kejadian namun mereka gagal mengawal huru-hara yang berlaku. Selepas setengah jam, pihak penganjur akhirnya membawa Kit Siang meninggalkan lokasi tersebut dan protes berakhir.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong yang turut hadir dalam sesi dialog berkenaan mendakwa, mengenali beberapa individu yang membuat protes termasuk pemimpin UMNO dari Pasir Gudang.

Kalau diimbas balik, ini bukanlah kejadian kali pertama berlaku melibatkan wakil dari DAP.

Sebelum ini Kit Siang pernah dihalau ketika hadir di satu bazar Ramadan di Johor pada tahun lepas manakala Dyana Sofya, calon PRK Parlimen Teluk Intan turut menerima nasib sama ketika berkempen.


Apa-apapun, situasi tersebut sememangnya harus diterima oleh Lim Kit Siang sebab bukan semua pihak boleh menerima ideologi politiknya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Rakaman Video Lim Kit Siang Dihalau Di Masai

https://www.youtube.com/watch?v=s_MPVoxQFa4

Rakaman Video Lim Kit Siang Dihalau Ketika Berkempen Di Kedai Makan

https://www.youtube.com/watch?v=l7uikl9jaY8

Rakaman Video Dyana Sofya Dihalau Ketika Berkempen

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori