Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jabatan Wilayah Persekutuan Cipta...

Putrajaya: Jabatan Wilayah Persekutuan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi...

Harga Produk Ikea Meningkat...

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan...

Tukang Masak Maut Di...

TUMPAT - Abang kepada seorang rakyat Malaysia yang maut dipercayaiterkena peluru yang dilepaskan...

Lt. Jen. Stephen Mundaw...

KOTA SAMARAHAN - Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Toh Choon...

Video Solat Tarawih Pantas, Tidak Sah – Mufti

PUTRAJAYA – Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak sah menurut pandangan Mazhab Syafie, kata Mufti Wilayah Persekutan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie, katanya ketika mengulas video solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dalam masa 10 minit sahaja yang kini viral di media sosial.

Pergh Lajunya Solat Tarawih 20 Rakaat Cuma Dalam Masa 8 Minit!

Katanya asas pelaksanaan rukun solat haruslah disertai perbuatan tamakninah atau berhenti sejenak bagi menyempurnakan ibadah tersebut selain membantu seseorang itu untuk khusyuk ketika bersolat.

Beliau berkata roh atau dasar solat itu sendiri adalah khusyuk dan bukannya dilaksanakan seperti dalam bentuk perlumbaan atau tergopoh-gapah.


“Adalah wajar untuk mengekalkan apa yang kita lakukan di Malaysia ini dengan adanya tamakninah dan perbuatan-perbuatan solat lain yang dapat membantu seseorang itu menumpukan perhatian ketika solat tanpa tergopoh-gapah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Pondok Moden Al-‘Abaqirah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini. – BERNAMA

https://youtu.be/UQyYwlhDoA8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori