Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mampu Menjadi Seperti...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar percaya Malaysia akan...

1,140kg Minyak Masak Dirampas,...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sebanyak...

Kes Tembak Bekas Adun...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menolak kemungkinan motif pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan...

Adam Levine Bakal Timang...

VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine yang cukup digilai ramai peminat wanita dilapor...

Wakil PAS Tak Akan Letak Jawatan Dalam K’jaan Selangor

KUALA LUMPUR – Wakil PAS dalam kerajaan Selangor tidak akan melepaskan jawatan masing-masing meskipun Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan parti itu memutuskan segala bentuk kerjasama dengan DAP.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A.Samad berkata, wakil PAS berada dalam kerajaan Selangor berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan, bukan berdasarkan jawatan parti politik.

“Kami ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

“Maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Majlis Syura Ulama PAS semalam membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal.


Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dipetik berkata, keputusan itu dibuat kerana DAP cuba mencampuri urusan akidah parti itu.

“Kami dimaklumkan pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

“Oleh yang demikian, PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP,” kata Iskandar. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori