Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tangkap Ular Tangan Kosong,...

SEORANG pemuda berasal dari Riau, Indonesia mendapat jolokan sebagai Raja Ular kerana keberanian...

Juruteknik & Penyelia Kilang...

KUALA TERENGGANU - Seorang juruteknik dan penyelia kilang ais mengaku tidak bersalah di...

Rahsia Tokoh Politik Jerman...

BERLIN - Arthur Wagner, anggota kanan parti politik Jerman, Alternative for Germany (AfD),...

Teknologi Dron Pikat Remaja...

ALOR SETAR - Sebuah dron berwarna putih terbang bagaikan terbuai-buai pada ketinggian kira-kira...

Wakil Rakyat PAS Jangan Khianat Jasa Penyokong

KUALA LUMPUR – PAS Selangor meminta wakil rakyat parti itu yang berhasrat mengkhianati PAS dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) mengingati jasa ahli dan penyokong PAS yang membantu memenangkan mereka dalam pilihan raya lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar A.Samad berkata, wakil rakyat terbabit tidak boleh mendakwa mereka membelanjakan beratus ribu ringgit untuk pilihan raya maka tidak terhutang budi kepada sesiapa.

“Saya hendak ingatkan mereka bahawa kempen untuk memenangkan seorang calon pilihan raya bukan bermula dari pembubaran Parlimen atau penamaan calon.

“Malah kempen atau usaha untuk memenangi pilihan raya bukan juga bermula 6 bulan atau 1 tahun sebelum hari pembuangan undi. Gerak kerja pilihan raya adalah berterusan yang terus menerus berjalan selama belasan malah puluhan tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar memberi contoh kemenangan wakil rakyat PAS untuk kerusi-kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 adalah hasil gerak kerja seawal tahun-tahun 80an dan 90an.

Justeru, katanya, setiap ahli atau penyokong parti itu yang bertungkus lumus sepanjang tempoh tersebut mempunyai saham dalam kemenangan seorang calon PAS.


Katanya, setiap titik peluh yang dikeluarkan dan setiap sen yang dibelanjakan oleh ahli dan penyokong PAS mesti diiktiraf dan bukan sahaja kerja-kerja selepas penamaan calon atau setahun sebelum penamaan calon.

“Oleh yang demikian, janganlah ada wakil rakyat yang mendabik dada kemenagan mereka adalah hasil usaha mereka sahaja,” katanya. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=MFlWWaiid3I

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori