Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Caliph Buskers Keluar Single...

SELEPAS meraih kejayaan layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menerusi...

Ibu Kejam Robek Perut...

Sangat kejam dan tidak berhati perut.. seorang wanita membunuh bayinya yang baru dilahirkan...

Tuan Ibrahim Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar...

‘Naga Hijau’ Muncul Di...

REYKJAVIK - Seorang jurugambar berjaya merakam imej seakan-akan seekor naga gergasi berwarna hijau...

Wanita Berkahwin Dengan Kekasih Selepas 50 Kali Melamar

CHINA – Ia merupakan detik manis bagi seorang wanita apabila dia akhirnya berkahwin dengan kekasihnya selepas 50 kali melamar lelaki tersebut yang ketika ini berada di sebuah penjara di Sichuan.

Wanita itu Xiao Qing, 23, mula menghantar surat lamaran kepada kekasihnya dikenali sebagai Xiao Zhong, ketika lelaki itu mula-mula dipenjarakan akibat kesalahan jenayah.

Dalam surat berkenaan, Xiao Qing meluahkan rasa cinta kepada Xiao Zhong meskipun dia tahu kekasihnya itu akan berada di penjara untuk tempoh yang panjang.

Pada mulanya, Xiao Zhong enggan mengahwini Xaio Qing kerana tidak mahu menjadi beban dalam hidup wanita berkenaan dan beberapa kali menolak lamaran terbabit.

4

Hanya selepas dinasihatkan oleh pegawai penjara bahawa dia amat bertuah kerana ada insan yang menyayanginya, barulah dia bersetuju dan mereka berkahwin pada 2 Julai lalu.


Pasangan itu bertemu pada 2009 dan terus jatuh cinta meskipun ditentang oleh keluarga Xiao Qing. Mereka juga mempunyai seorang anak perempuan.

Namun bulan madu mereka tidak lama apabila Xiao Zhong dibawa masuk ke penjara semula, meninggalkan Xiao Qing dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Saya berharap selepas ini dia akan mendapat pengajaran dan menjadi individu yang baik.

“Saya akan menjaga anak kami dan kami akan menanti kepulangannya kelak,’’ kata Xiao Qing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori