Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kekasih Dari Neraka Dipenjara...

LEICESTER - Seorang wanita yang cuba membunuh teman lelakinya dengan mencurah asid sulfurik...

50% Isu Tanah Di...

BALING - Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin 50...

Duterte Izin Bunuh Anak...

MANILA - Presiden Filipina mengarahkan pihak polis untuk membunuh anaknya, Paolo Duterte jika...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

KANGAR - Mayat seorang lelaki dipercayai warga emas ditemui terapung di Sungai Perlis,...

Wanita Dibaham Buaya Ketika Tangkap Ikan Di Saratok

SIBU – Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan di Sungai Krian, Saratok petang semalam.

Mangsa, Bera Aun, 46 dari Rumah Panjang Minggu dipercayai hilang kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Lien yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.04 petang dan memaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan Jabatan Pertahanan Awam bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat beserta penduduk kampung di lokasi satu km dari tempat kejadian pada kira-kira 7 malam.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Saratok.


Serangan buaya sering dilaporkan berlaku di Sungai Krian dan anak sungainya yang terkenal sebagai tempat memancing udang.

Pada Jun tahun lepas, seorang remaja lelaki Telecson Ancharang, 13 terselamat daripada serangan reptilia itu sewaktu memancing udang bersama pakciknya Ngelambong Chundai di Sungai Supa, Senyawan, Krian.

Mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri dan kedua-dua belah kakinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori