SEORANG wanita warga emas menempah padah apabila maut dipercayai akibat meminum cecair peluntur di rumahnya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, petang semalam.
Ketika kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang berusia 74 tahun dikatakan keluar dari bilik air dalam keadaan yang mencurigakan sebelum masuk ke bilik tidurnya.
Bagaimanapun, hal itu disedari anak mangsa selepas terhidu bau cecair peluntur yang sangat kuat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anak mangsa kemudian segera membuat pemeriksaan di bilik air sebelum menemui bekas bahan pencuci itu.
“Bimbang dengan keadaan itu, anak mangsa terus mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali namun tidak berjawap.
“Dia bersama suaminya bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati ibunya terbaring dalam keadaan sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Namun, mangsa gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat keracunan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Harian Metro
https://www.youtube.com/watch?v=KWBwg4YXxUo