Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

UPSR: 10 Individu Ditahan...

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu ditahan polis berhubung kes kebocoran soalan Ujian...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucap...

Mangsa Banjir Di Sarawak...

MIRI – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 265 orang daripada 66...

Penajaan Bola Sepak: MARA...

KUANTAN - Tan Sri Annuar Musa dijangka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk...

Zahida Rafik Dan Rakan Dikecam, Berpakaian ‘Terlampau’

BOLEH gugur jantung melihat gambar terbaharu dimuat naik bekas pelakon, Zahida Rafik yang tampil cukup seksi pada satu majlis yang diadakan malam semalam.

Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Zahida menyarungkan persalinan gaun yang menampilkan belahan di paras atas peha hingga ke bawah.

Bertambah haru, bila seorang individu yang dikatakan isteri kepada seorang kerabat diraja memakai pakaian yang lebih provokatif dengan menonjolkan hampir keseluruhan payu daranya. Naik terbeliak biji mata tengok foto itu!

https://instagram.com/p/5kNU0orKo4/?taken-by=zahidarafik

Macam sengaja mencurah minyak ke api, gambar tersebut terus menerima kecaman rata-rata pengguna laman Instagram. Ramai mengkritik ‘kebijaksanaan’ Zahida mengenakan pakaian tersebut ketika Ramadan baru berlalu dan Syawal menjelma.

Turut terkena tempias adalah individu yang menampakkan susuk asetnya dengan jelas apabila beliau turut ditarbiah netizen.


Untitled

Yang kelakar, dalam pada keghairahan ramai pihak mengutuk pakaian kedua-dua mereka, ada juga yang perasan sesuatu yang pelik pada pinggang Zahida.

Jika diteliti, imej pada pinggang ramping Zahida seolah-olah telah disunting secara ‘belasah asalkan jadi’ sehingga ramai menyifatkan ia nampak pelik dan tak kena.

Justeru ada yang beri komen, kalau Zahida pakai pakaian longgar dan lebih menutup aurat, rasanya tak payah nak edit untuk nampak lebih kurus bukan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Zahida Rafik Rancang Kahwin, 4 Tahun Bercinta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori