Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Khazanah, Telenor Runding Semula...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Telenor ASA dikatakan telah menghidupkan...

4 Anggota Perhilitan Ditahan...

KUALA TERENGGANU - Empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)...

Tiada Lagi Ambil Hasil...

SEMBARANG aktiviti mengambil hasil hutan dan pasir di Melaka akan dihentikan bermula 1...

Wanita Warga Emas Rentung...

KUALA KANGSAR - Seorang wanita berusia 74 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah...

Zizan: Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Jahat Kat Orang

BIARPUN dirinya kerap kali dilanda kontroversi, namun sehingga kini nama Zizan Razak masih lagi bertahan dalam industri seni hiburan tempatan.

Satu-persatu kontroversi itu nampaknya tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus menakluk kerjaya seninya agar kembali ke puncak sebelum seperti ini.

Antara kontorversinya, dia putus cinta dengan aktres Emma Maembong dan kemudian dia dituduh merupakan pelawak yang terlibat dengan penghantaran mesej berbaur lucah kepada beberapa orang wanita selain kes mahkamah dengan bekas pengurusnya yang masih belum selesai.

“Nak Jilat…”, Pelawak Popular Hantar Mesej Lucah Goda Gadis

Mengulas mengenai semua hal itu, Zizan berkata, “Saya redha dengan ketentuanNya.”

“Saya banyak belajar dalam masa kita dilanda masalah, kita perlu sentiasa kuat dan bersabar. InsyaAllah, perkara-perkara yang baik akan berlaku. Rezeki datang daripadaNya, tapi kita perlu juga berusaha untuk itu,” katanya memetik New Straits Times.

Selain itu, pelawak yang lahir dari program realiti Raja Lawak itu juga tidak sesekali menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu-isu hangat yang melandanya kini.


“Ini merupakan asam garam dalam kehidupan. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat benda tak baik pada orang lain,” katanya lagi.

Sempena kedatangan hari lebaran yang bakal disambut ini, Zizan berkata dia dan keluarga akan mengadakan majlis rumah terbuka pada Syawal ketiga di rumah keluarganya di Gong Balai, Merchang, Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

h Live! eksklusif bersama Zizan Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori