Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Piala Malaysia: Pahang, JDT...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Malaysia...

KPN Dahului 250 Penerima...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Orang Ramai Dinasihat Jauhi...

KUALA TERENGGANU - Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mendekati dan melakukan...

Polis Thai Rampas Hampir...

BANGKOK – Pasukan Biro Pembanterasan Narkotik (NSB) Thailand menahan sebuah trak di wilayah...

107 Pesara Polis Terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

KUALA LUMPUR – Sejumlah 107 pesara polis hari ini menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) atas bakti mereka kepada negara semasa era darurat dan insurgensi komunis.

Disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, kumpulan penerima pingat itu didahului SAC 1 (B) Datuk Wong Pui Lam.

Seorang daripada penerimanya, Ali Salleh, 86, berkata banyak pengalaman pahit dan manis dialaminya sepanjang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini ialah apabila berjaya menewaskan sekumpulan 25 pengganas komunis dalam satu operasi di Rawang pada 1951,” katanya kepada Bernama pada majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Ali, yang berkhidmat selama 32 tahun dalam pasukan polis, berkata beliau hanya bersama enam rakan sepasukan dalam pertempuran selama sejam setengah itu.


Ali bagaimanapun sedih kerana kehilangan beberapa rakan karib seperjuangan dalam beberapa dalam beberapa operasi lain menentang pengganas.

“Memang sedih apabila melihat rakan karib rebah di hadapan mata,” katanya sambil menegaskan beliau dan rakan-rakan lain memperkuatkan semangat untuk terus berbakti kepada negara.

Era darurat diisytiharkan dari 1948 hingga 1960 manakala zaman insurgensi komunis pula dari 1968 hingga 1989. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori