Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 3/4 Staf SPAD...

BONGKAR... Laporan portal The Mole mendedahkan seramai 42 orang sahaja kakitangan daripada 350...

RM42b Tak Hilang Daripada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata laporan Jawatankuasa...

Touch ‘n Go Ewallet,...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini mengumumkan penyedia e-dompet utama negara,...

Bekas Pelacur Remaja Dapat...

SEORANG pelacur remaja yang menjadi alat pemuas nafsu kepada 24 anggota polis ketika...

Malaysia Bukan Negara Gagal – PM Najib

PUTRAJAYA – Malaysia bukan sebuah negara yang gagal seperti dakwaan disebarkan kerana banyak kerangka penilaian antarabangsa meletakkan negara ini pada kedudukan yang unggul, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui kerajaan bukannya sempurna, namun beliau menegaskan Malaysia tidak layak digelar negara gagal berdasarkan komitmen kerajaan menjaga matlamat maqasid syariah dalam pentadbiran.

Beliau berkata label dan stigma itu sengaja diwujudkan oleh sebahagian media yang berkepentingan seakan-akan mahu nama Malaysia diburukkan secara sewenang-wenangnya.

“Saya mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada sikap riak dan takbur bahawa kita adalah negara yang terbaik, kita tidak sempurna dan di hadapan anak-anak muda ini, saya berani mengatakan bahawa kita bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna.

“Malah, saya juga sedar, jika saya tidak memperjuangkan norma-norma baharu yang dikehendaki generasi muda, saya juga boleh gagal memimpin, namun harus juga saya tegaskan, Malaysia bukan sebuah negara yang gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama bertajuk “Wasatiyyah Sebagai Manhaj Generasi Muda Masa Kini” pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 Islam dan Generasi Muda: Cabaran dan Harapan anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) di Institut Penilaian Negara (Inspen) dekat sini, Selasa.

Kira-kira 300 peserta termasuk penuntut universiti awam (UA) mengambil bahagian pada seminar itu.

Selain menjaga matlamat maqasid syariah seperti memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan milikan harta, Malaysia juga tidak layak digelar negara gagal kerana kajian sebuah badan bebas menunjukkan negara mengungguli ‘The Global Islamic Economy Indicator (GIEI 2014-2015) daripada 70 negara Islam, katanya.

Perdana Menteri berkata kajian itu turut merumuskan Malaysia mendahului dengan margin yang besar dari sudut nilaian ekosistem ekonomi Islam di mana perekonomian Islam negara dikatakan sebagai yang paling matang, manakala kewangan Islam juga jauh mendahului negara-negara lain.

“Apakah kita ini negara gagal bila mana Malaysia hampir berada di tempat teratas di dalam banyak kerangka nilaian seperti The Global Competitiveness Report ataupun World Bank Report of Doing Business?” soal Najib yang juga Menteri Kewangan.


Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap generasi muda tidak sewenang-wenangnya menjadi pembawa berita kononnya negara sedang menuju jalan songsang sama ada dari perspektif ekonomi mahupun politik.

Najib juga kesal kerana terdapat generasi muda seakan-akan lebih percaya kepada propaganda dan label buruk yang mungkin sahaja disuntik oleh musuh Islam terutamanya menerusi media sosial.

Katanya sebagai pemimpin, beliau sentiasa bersedia mendengar serta menyantuni generasi muda malah tidak pernah menutup sebarang ruang untuk dikritik dan disanggah.

Oleh itu, beliau berharap generasi berkenaan bersikap adil dalam membuat setiap nilaian dan sanggahan.

“Berbeza pandangan adalah perkara biasa tetapi apa yang penting adalah jangan cagarkan keamanan negara demi kepentingan politik yang singkat,” kata beliau.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan generasi muda supaya mengambil sikap ‘seimbang’ selaras niat dan maksud Wasatiyyah di dalam menyanggah kerajaan dan pimpinan.

“Yang mana tidak baik, wajar disanggah dan ditegur namun begitu, jika ada aspek yang baik yang dilakukan kerajaan, jangan pula malu untuk mengangkatnya sebagai sesuatu yang baik,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan empat buku terbitan terbaharu IWM termasuk ‘Memartabatkan Wasatiyyah‘ hasil tulisan beliau sendiri.

Perdana Menteri turut menyerahkan watikah pelantikan kepada wakil daripada lima buah UA bagi penubuhan Kelab Wasatiyyah di pusat pengajian masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori