Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kes Tebusan: Identiti Suspek...

KOTA KINABALU - Polis masih dalam proses mengenal pasti suspek yang menjadikan seorang...

Designed For Life And...

EARTH Day turns 50 this year, celebrating a half-century of raising environmental awareness...

Harjeet Singh Dilantik KSU...

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik...

Kesan SST Terhadap Harga...

KUALA LUMPUR - Kesan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap harga barangan masih...

16 Polis Colombia Maut Helikopter Blackhawk Terhempas

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 16 anggota polis terbunuh di Colombia apabila sebuah helikopter yang sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil semalam.

Ketika kejadian, seramai 18 pegawai polis di dalam helikopter jenis Blackhawk terbabit dalam operasi memburu kumpulan dadah Usuga yang terbesar di Antioquia, di barat daya Colombia, demikian menurut Menteri Pertahanan, Luis Carlos Villegas.

Dua lagi anggota polis cedera dan melecur dibawa ke hospital berhampiran.

“Setakat ini tiada unsur jenayah membabitkan nahas ini,” katanya. Villegas berkata, kawasan hutan tebal dan membabitkan kawasan pergunungan selain cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat yang bermula jam 5.30 pagi waktu tempatan.


“Pada ketika ini, secara teori helikopter ini menjunam ke kawasan berbukit dengan kelajuan 120 knot atau 180 kilometer sejam serta ada kemungkinan dihalang oleh awan tebal yang rendah,” katanya. – AFP/BH ONLINE

 

https://www.youtube.com/watch?v=rl3FUz-DJ8A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori