Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

30 Berhimpun Desak Pengeluaran...

Kuala Lumpur : Kira-kira 30 orang berhimpun di luar Parlimen mendesak pengeluaran simpanan...

Pemuda UMNO Akan Rombak...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan merombak biro Exco pergerakan itu awal tahun...

Kuih ‘Selak Pintu’ Muncul...

BATU PAHAT - Sebut sahaja nama kuih 'selak pintu', pasti ramai yang tidak...

Awas Muslihat Kluster Broker...

Pengumuman sekumpulan Ahli Parlimen BN menyokong agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal...

16 Terbunuh, Bas Jatuh Gaung Di Kemboja

PHNOM PENH – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila sebuah bas menjunam daripada jalan gunung, semalam, kata polis.

Ketua Polis Daerah, Hing Pheung memberitahu AFP, mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada wanita berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an daripada Phnom Penh dalam perjalanan keagamaan sepanjang sempadan Kemboja-Thailand.

Bas yang dalam perjalanan itu tiba-tiba tersasar daripada jalan dan menjunam daripada Pergunungan Dangrek dan merempuh gaung.

“Seramai 12 orang mati di tempat kejadian dan empat lagi mati ketika berada di hospital manakala 23 orang yang cedera dirawat di hospital. Pemandu yang terselamat, patah kaki dan dia cuai.

“Dia memandu terlalu laju ketika melalui kawasan gunung dan gagal mengawal kenderaan ketika ia melewati selekoh dan akhirnya bas terbabit menjunam ke dalam gaung,” kata Hin Pheung.


Semua penumpang yang menaiki bas terbabit adalah rombongan penganut Buddha pagodas adalah warga Kemboja.

Jalan raya di kemboja terkenal berbahaya dengan lebih daripada 2,000 terbunuh dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Pada bulan Mei sekurang-kurangnya 18 pekerja pakaian Kemboja terbunuh dan 21 cedera apabila bas yang merempuh van yang mengangkut mereka untuk bekerja di wilayah timur Svay riêng. – AFP/BH ONLINE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori