Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bersayap Terbang Sebelah...

DUBAI - Dua lelaki bersayap terbang 'berdampingan' dengan sebuah pesawat penumpang terbesar di dunia...

Enam Maut Dalam Kebakaran...

IPOH - Enam maut dalam kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat di kawasan...

Video CNY, Kisah Jiran...

TENAGA Nasional Berhad (TNB) melalui video sempena Tahun Baru Cina kali ini, menceritakan kisah...

Dewan Rakyat Ditangguh, 3...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17...

1MDB Ganda Usaha Laksana Pelan Rasionalisasi

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata syarikat akan terus menggandakan usaha dengan pelan rasionalisasinya untuk menstabilkan syarikat.

1MDB berkata ia akan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi obligasi hutang dan melaksanakan projek-projek terasnya, iaitu Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan Edra Energy Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata syarikat itu tidak akan terganggu oleh cabaran provokatif anggota Parlimen Tony Pua untuk berdialog secara terbuka kerana ia bukan forum yang sesuai untuk menegakkan kebenaran.

Syarikat itu berkata adalah jelas Pua cuba menjejaskan pelbagai siasatan yang sedang dijalankan ke atas 1MDB melalui cabaran itu.


“1MDB mengakui bahawa Pua membangkitkan soalan yang sah. Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak berkuasa yang sah menyiasat 1MDB telah bertanya soalan yang sama, dan banyak lagi.

“Demi ketelusan, keadilan dan proses yang sewajarnya, Arul Kanda telah secara terbuka menyatakan bahawa ‘bagi saya, apa yang penting ialah siasatan mesti diteruskan, kebenaran dan fakta-fakta perlu didedahkan kepada umum oleh penyiasat bebas,” kata 1MDB. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori