Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lahad Datu: Pendakwaan Tutup...

KOTA KINABALU - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu menutup kes...

Kerajaan Perak Iktiraf Kedudukan...

IPOH - Pengiktirafan secara rasmi kedudukan ketua pembangkang menerusi penyediaan pelbagai kemudahan antara...

Mayat Lelaki Hanyut Dalam...

SEREMBAN - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan...

Lelaki Ini Kongsikan Perangai...

TAK kiralah di mana sahaja kita merantau atau melancong, adab dan tatasusila adalah...

1MDB: Kumpulan Anti Kerajaan Berang Hasil Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR – Seperti dijangka ramai pihak, kumpulan antikerajaan enggan mengakui hakikat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Fariz Musa sebaliknya menghasut orang ramai supaya jangan mempercayai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu tersebut.

“Jingga13 yakin rakyat seluruh Malaysia tidak akan mempercayai kenyataan hasil siasatan SPRM dan mempercayai RM2.6 billion tersebut adalah wang 1MDB yang diseleweng ke akaun peribadi Najib dan percaya adakah ini adalah satu konspirasi yang betujuan menyelamatkan Najib,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Fariz cuba mempengaruhi pemikiran orang ramai dengan membangkitkan persoalan mengapa kenyataan SPRM berhubung hasil siasatan tersebut tidak ditandatangani sesiapa sedangkan menjadi kebiasaan SPRM mengeluarkan kenyataan atas nama agensi itu.

Beliau yang ternyata berang dengan keputusan siasatan SPRM tersebut kerana usaha untuk menjatuhkan kerajaan tidak berhasil menuduh SPRM sebagai badan yang tiada maruah, profesional, berintegriti dan kredibiliti.


SPRM semalam mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Laporan siasatan itu telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

SPRM memberi jaminan siasatan itu berjalan secara bebas, telus dan profesional, tanpa ‘fear or favour’ (tanpa rasa gentar atau memihak). - MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Wbvd8dYEG_0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori