Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hutang Negara Meningkat Lagi

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara pada hari ini sudah mencecah RM781.4 bilion...

Tukang Masak Didakwa Bunuh...

TAIPING - Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Kes Kematian Menantu TPM:...

SEORANG doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur, pada Jumaat, di...

Bajet 2015: Pusat Percetakan...

KUALA LUMPUR - Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab...

2 Kapal Ditahan Kerana Gagal Lapor Ketibaan Di Perairan Pengerang

JOHOR BAHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal kerana gagal melaporkan ketibaan di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kepten Maritim Amran Daud berkata kapal tangki MT Tabonangen 18 dan MT Tabonangen 19 itu dikesan oleh bot ronda APMM yang melakukan rondaan di perairan berkenaan, kira-kira 4 petang.

“Ketika ditemui, kedua-dua kapal itu sedang merapat di sebelah kapal MT Merlion 2 di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Pulau Lima, Pengerang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amran berkata anggota APMM kemudian menghampiri kedua-dua kapal berkenaan dan pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu tidak mempunyai sebarang dokumen serta tidak melaporkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Beliau berkata MT Tabonangen 18 tidak mempunyai muatan manakala MT Tabonangen 19 membawa 450 liter bahan api marin.


Menurutnya kedua-dua kapal yang didaftarkan di Banjarmasin, Indonesia itu turut membawa enam anak kapal warga Indonesia berumur antara 23 dan 55 tahun.

Katanya kesemua anak kapal itu dibawa ke pejabat APMM Tanjung Sedili, Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kapal terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori