Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berat Badan Wan Sharmila...

PETALING JAYA - Pelakon Wan Sharmila mengakui dia hilang selera makan sejak kehilangan...

Goh Tamat Kemarau Emas...

IPOH – Atlet pelapis kebangsaan, Goh Chia Tong menamatkan kemarau 18 tahun pingat...

Politik Sekular DAP Berbahaya...

KUALA LUMPUR - "PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara,"...

Program Gotong Royong Mega...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan program gotong royong mega di...

3 Anggota SMART, Pengurus Jualan Hadapi Pertuduhan Membunuh

SEPANG – Tiga anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan seorang pengurus jualan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengusaha kolam ikan, awal bulan lalu.

Tiga anggota SMART, Syazwan Saat, 29, Iskandar Zulkarnain Abdul Manaf, 28, dan Mohd Idris Abu bakar, 40, serta Lim Chun jie, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh Alias Mat Noor, 52, di Lombong Tembatan Banjir, Lingkaran Putrajaya, Cyberjaya, di sini antara 10 malam hingga 11.55 malam, 7 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 7 Sept untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail manakala peguam Najmi Dawami mewakili Chun Jie, Iskandar Zulkarnain dan Mohd Idris dan peguam Aqeeb Lizalman Nordin Zamery mewakili Syazwan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=tzy3wYK2GYE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori