Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemungut Sampah Curi Untuk...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum...

3,591 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Kes jangkitan baharu hari ini merekodkan di bawah angka 4,000 dengan...

Bajet Seimbang Mungkin Tertangguh...

KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan untuk mencapai bajet seimbang mungkin tertangguh dua hingga...

Bayi 2 Bulan Meninggal...

Seorang bayi perempuan baru berusia dua bulan meninggal dunia disebabkan tersedak susu di...

3 Sekeluarga Mangsa Letupan Bom Gembira Pulang Ke Malaysia

KOTA BHARU – Tiga sekeluarga mangsa letupan bom di Bangkok, Thailand pada Isnin lepas, melahirkan rasa gembira dapat pulang dengan selamat ke Malaysia walaupun mengalami kecederaan akibat insiden itu.

Tan Rui Hun, 29, bersama isterinya Teo Khaei Ling, 27, dan ibu mertua (Rui Hun) Tan Kim Siok, 52, yang berasal dari Pasir Mas, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini pada 11.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kami amat gembira selamat pulang,” kata Teo kepada pemberita sebaik tiba di LTSIP di sini, malam tadi.

Mereka berlepas dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada 5 petang (6 petang waktu Malaysia), sebelum menaiki pesawat ke Kota Baharu.

Rui Hun yang berkerusi roda, cedera akibat insiden tersebut dan menjalani pembedahan selama empat jam untuk mengeluarkan serpihan bom daripada tangan kiri, bahu serta kakinya di Hospital Hua Chiew, Bangkok.

Teo dan Kim Siok hanya cedera ringan.


Difahamkan, kesemua mangsa meninggalkan lapangan terbang itu menuju ke rumah mereka di Pasir Mas.

Rui Hun bersama keluarganya itu ke Bangkok pada 15 Ogos lepas untuk bercuti.
Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, lima rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera.

Mereka antara 20 orang maut dan 123 yang cedera akibat letupan bom itu, satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori