Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Antara 2 Maut...

TAIPING - Seorang remaja lelaki antara dua maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal...

Bunuh Zulfarhan: 18 Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi memerintahkan 18 penuntut Universiti...

JDT Kuasai Anugerah Bola...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai Anugerah...

Trafik Sesak Lori Terbalik...

IPOH - Kesesakan trafik berlaku sepanjang 12 kilometer selepas Terowong Menora menghala ke...

36 Ahli Bomba Gagal Dikesan Di Tapak Letupan Mega Tianjin

BEIJING – Laporan terkini mengatakan pihak berkuasa China terputus hubungan dengan 36 anggota bomba tempatan yang terbabit dalam kerja memadamkan kebakaran ‘mega’ di bandar pelabuhan Tianjin, malam Rabu.

Insiden berdarah yang menggemparkan seluruh dunia itu meletus akibat dua letupan yang menyebabkan kebakaran besar di sebuah gudang milik syarikat Tianjin Dongjiang Port Rui Hai International Logistics Co. Ltd.

Menerusi maklumat daripada laman Twitter, seorang wartawan stesen rasmi China Central TV, Matt Simon yang berada di tempat kejadian sejak semalam mengatakan seramai 36 ahli bomba dilaporkan hilang sejurus letupan.

matt simon
Sumber gambar: Twitter Matt Simon

Menerusi laman mikro Twitter juga,  akhbar tempatan milik kerajaan China, People’s Daily, telah mengeluarkan kicauan mengatakan kesan letupan berbentuk ‘awan cendawan’ tersebut boleh dirasai orang ramai.

Penduduk di wilayah utara China itu mendakwa kesan letupan dahsyat tersebut malah dapat dirasai sehingga jarak lebih daripada 10 kilometer dari lokasi sebenar.


Baca: Letupan Gudang Di Tianjin Korbankan 17, 400 Lagi Cedera

people daily
Sumber Gambar: People’s Daily China

Manakala gegaran akibat letupan tersebut adalah cukup dahsyat sehinggakan ianya boleh dikesan oleh satelit cuaca seperti mana maklumat yang dikeluarkan Weibo melalui kicauan laman Repoted.ly

tianjin1
Sumber Gambar: Twitter Reported.ly

Setakat ini, letupan kuat itu telah menyebabkan 17 terbunuh dan mencederakan lebih 400 orang sehingga mencetuskan suasan panik di bandar raya itu yang dihuni lebih 15 juta penduduk. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=moPCf4XJFWM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori