Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ucapan Penuh Presiden UMNO...

“UMNO: MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN”UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN...

Kematian Pablo Escobar Langkawi...

KUALA LUMPUR - Susulan laporan khas akhbar ini bertajuk Konspirasi atau Tragedi yang...

Masyarakat Perlu Bijak Nilai...

SERI ISKANDAR - Masyarakat perlu bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya...

Selebriti Pun Bising Bila...

PENGUMUMAN kenaikan harga sebanyak 20 sen bagi minyak RON 95 dan diesel seperti...

4 Mayat Rakyat Malaysia Tiba Di Pulau Pinang Malam Ini

JENAZAH mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan bom di Bangkok, Thailand dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.

Menurut laporan The Star, keranda yang menempatkan empat bersaudara, jenazah Lee Tze Siang, 35, Lim Saw Gek, 49, Neoh Jai Jun, 20, dan Lee Jing Xuan, 4, akan diterbangkan menerusi penerbangan TG425 dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi jam 7.25 malam waktu Thailand.

Penerbangan itu dijadualkan tiba jam 10.20 malam ini.

Turut sama mengiringi jenazah ialah mangsa yang terselamat, Neoh Yee Ling, 33, dan Neoh Hock Guan, 55.


Seorang lagi ahli keluarga mereka, Lim Su Yee, 52, dilaporkan masih hilang dalam kejadian tersebut.

Keluarga terbabit yang berasal dari Taman Dedap melawat Kuil Erawan Shrine ketika kejadian letupan itu berlaku pada malam Isnin lalu.

Pihak polis Thailand kini sedang giat memburu suspek yang dipercayai membawa bahan letupan itu dalam sebuah beg sandang yang mana mengorbankan 22 mangsa sementara mencederakan lebih 120 pengunjung yang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori