Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dipukul, Kereta Dirosakkan Sebab...

MELAKA - Seorang jurujual dipukul gara-gara kereta yang diletakkannya menghalang sebuah kereta lain...

Aktiviti Pembalakan Di HSK...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan belum menarik balik arahan penangguhan sementara semua...

Tottenham Larang Seumur Hidup...

LONDON -  Tottenham Hotspur mengeluarkan larangan seumur hidup ke atas dua penyokong yang...

Kampung Sahabat Tarik Perhatian...

SIAPA sangka hanya menggunakan telefon bimbit, pemuda ini dapat menghasilkan gambar cantik sehingga...

Polis Kerah 4,000 Anggota Kawal Bersih 4.0 Daripada Amuk Anarki

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan kehadiran kumpulan yang bakal membuat kacau-bilau pada perhimpunan haram Bersih 4.0 dijadualkan Sabtu dan Ahad ini.

Pandangan tersebut dikongsi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya lanjut, kehadiran puak anarki tersebut ke perhimpunan itu bertujuan untuk mencetuskan provokasi terhadap pihak polis bagi menggunakan kekerasan kepada peserta yang hadir.

Orang Ramai Disaran Tak Sertai Perhimpunan Bersih 4.0

23108713
Timbalan Menteri Dalam Nnegeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed

Memetik kenyataannya yang dilaporkan portal Agenda Daily hari ini, “Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu sekali gus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan.”

Lantas itu, bagi mengawal keselamatan pada hari kejadian, pihak polis dijangka akan menggerakkan 4,000 anggotanya serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung sebarang kejadian berbahaya.

Selain itu, menurut Nur Jazlan lagi, tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan mega itu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos tinggi menjangkau jutaan ringgit semata-mata untuk mengawal keadaan pada hari kejadian.


bersih-july192012_tmipic

Malah, beliau turut meluahkan perasaan sedih melihat rakyat yang dijadikan alat parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan.

“Saya melihat persamaan dengan perhimpunan Bersih 2012, di mana perhimpunan Bersih ketika itu penyertaan parti politik pembangkang sudah merosakkan matlamat untuk berhimpun secara aman apabila tercetusnya kekacauan.

“Sebenarnya, apa yang diperkatakan penganjur perhimpunan haram berkenaan sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang.” – MYNEWSHUB.CC

PDRM Tetap Larang Bersih 4.0 Di Dataran Merdeka

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori