Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PABM Usaha Tepat Dalam...

PERDANA Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan...

Mangsa Meningkat 8,800 Orang...

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan...

Saya Tetap Istiqamah Dan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau dan rakan-rakan...

Video Sebut ‘Bloody Indian’...

NAMPAKNYA kisah pergeseran hubungan membabitkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dengan pemimpin lain...

47 Maut Serangan Bom Di Pasar Minggu Nigeria

KANO – Sekurang-kurangnya 47 maut manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom di timur laut Nigeria semalam, dipercayai dilakukan kumpulan militan Boko Haram.

Letupan berlaku di sebuah pasar minggu di perkampungan Sabon Gari, kira-kira 135 kilometer di selatan Borno, ibu negeri Maiduguri.

Ketika kejadian, pasar berkenaan sedang sibuk dikunjungi orang ramai kira-kira 1.15 tengah hari waktu tempatan.

“Kami sudah menerima sekurang-kurangnya 47 mayat dan lebih 50 lagi mangsa yang cedera dari pasar minggu Sabon Gari,” kata seorang jururawat di Hospital Umum Biu, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa yang cedera dibawa ke hospital itu mengalami kecederaan yang teruk dan ini bermakna angka kematian mungkin meningkat.


“Letupan berlaku di dalam pasar di bahagian kedai menjual telefon bimbit,” kata Yuram Bura, seorang anggota kumpulan penduduk yang menentang Boko Haram.

Sejurus serangan berlaku, anggota tentera dikerah ke tempat kejadian dan pasar berkenaan diarah tutup. – AFP/BH ONLINE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori