Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Wang Lesap, Keluarga Tuntut...

Isu kemana perginya hasil titik peluh bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani di dalam...

Bukit Kayu Hitam Jadi...

ALOR SETAR – Kerajaan akan membangunkan kawasan Bukit Kayu Hitam menjadi ‘Langkawi Kedua’...

Khalid Abu Bakar Saman...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil...

Malaysia Mulakan Strategi Global...

Malaysia melaksanakan tindakan undang-undang di Belanda untuk mengenepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh...

4PM Bantah Cara Bank Tuntut Hutang

KUALA LUMPUR – Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) membantah pendekatan yang diguna pakai segelintir bank bagi menuntut hutang ke atas peminjam mereka.

Presidennya, Rosland Mohd. Arif berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada peminjam yang mendakwa ditakutkan oleh pihak bank dengan pelbagai ugutan hingga menyebabkan hidup mereka jadi tertekan.

“Permasalahan ini berlaku kerana sikap pemungut-pemungut hutang yang dilantik pihak bank. Kaedah mereka menagih hutang sungguh menakutkan. Mereka mengancam rumah peminjam akan disita dan sebagainya sedangkan hutang tertunggak tidak seberapa.

“Mereka juga menyamar sebagai kakitangan dari pejabat peguam. Masa yang diberi untuk membayar balik pula sungguh singkat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Rosland mengingatkan para peminjam supaya jangan sesekali bimbang dengan ancaman seperti itu kerana proses menyita harta harus melalui prosedur-prosedur yang diperuntukkan.

Menurut beliau, tiada mana-mana pihak boleh menyita rumah orang ramai tanpa kebenaran daripada mahkamah dan penyitaan selalunya dihadiri dua saksi iaitu pihak polis serta wakil bank.

Rosland dalam pada itu mempertikaikan sikap segelintir bank yang didakwa sengaja membiarkan peminjam lalai mengenai hutang tertunggak mereka hingga faedah terkumpul menjadi tinggi.


“Bank akan membankrapkan peminjam apabila faedah pinjaman mencecah melebihi RM30,000. Bank tidak perlu menunggu begitu lama untuk mengambil tindakan terhadap peminjam,” katanya.

Justeru, kata beliau, 4PM diwujudkan sejak tahun 2013 bagi membantu orang ramai yang menghadapi masalah seperti itu terutama mengeluarkan mereka daripada status bankrap.

“Rekod pencapaian terbaik 4PM menyelesaikan isu pinjaman setakat ini adalah bayaran kad kredit tuntutan sebanyak RM140,000 dan kes ditutup dengan bayaran minimum RM7,000 dengan enam kali bayaran semula,” katanya.

Tambah beliau, 4PM secara keseluruhan telah berjaya menyelesaikan lebih 3,000 kes hutang tertunggak yang nyaris menyebabkan kebankrapan dan harta benda peminjam dilelong pihak bank melalui kaedah rundingan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori