Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Jadi ‘Ketam Dalam...

SHAH ALAM - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua ahli Umno...

Tiada Nas Agama Suruh...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan tiada dalam...

Che Ta Teruja Untuk...

FUH! Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che...

Nak Semuka Aliff, Wan...

TERBAIK Bro! Itulah kata-kata yang sesuai untuk teman lelaki Afifah Nasir. Wan Aliff...

Peserta Senamrobik Guna Pakaian Dibuat Daripada Jalur Gemilang

ALOR SETAR – Bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat sempena Hari Kebangsaan ke-58 esok, Kelab Rimba Aerobic mengadakan persembahan senamrobik dengan memakai baju diperbuat daripada Jalur Gemilang.

Persembahan di Taman Jubli Perak, di sini disertai lebih 50 peserta terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Seorang daripada peserta senamrobik itu, Senator Datuk Boon Som Inong yang juga anggota Majlis Perpaduan Negara berkata program itu bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan kaum di negara ini.

“Kita perlu bersatu dan mengutamakan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan, daripada membuang masa mengadakan tunjuk perasaan, lebih baik kita perbaiki apa yang kurang dan tunjukan semangat sayangkan negara kepada negara luar,” kata Boon Som kepada pemberita di sini hari ini.

Tenaga pengajar Kelab Rimba Aerobic Kamariah Ismail, 49, berkata idea mengadakan persembahan dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada Jalur Gemilang adalah hasil perbincangan bersama tenaga pengajar lain.

“Jika hanya menyarung bendera ia akan menjadi perkara biasa jadi kami mereka pakaian masing-masing. Elemen sukan juga dimasukkan bagi memastikan rakyat Kedah sihat dan cergas selain dapat memupuk semangat sayangkan negara,” katanya.


Farihah Hamzah, 39, yang menyertai kelab itu sejak tiga tahun lepas berkata kelab tersebut diwujudkan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Kedah dan sehingga kini ia mempunyai lebih 50 anggota.

Menurutnya, kebanyakan anggota kelab bekerja sendiri dan ada yang sudah bersara dan ini memudahkan mereka untuk menyertai kerana masa mereka adalah fleksibel.

Mereka akan datang ke kelab dan bersenam bermula pukul 9.30 pagi pada setiap hari bekerja, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori