Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Thai Ke Tali...

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi,...

Lima Lelaki Didakwa Menculik...

GEORGE TOWN - Lima lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

PAN Masih Meroyan Kalah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan masih enggan menerima hakikat bahawa calon mereka...

Tiada Kes Difteria Dilaporkan...

JOHOR BAHARU — Tiada kes difteria dilaporkan setakat 10 tahun kebelakangan ini di...

550 Pendatang Di Perairan Itali Diselamatkan, 5 Maut

ROM – Lebih 550 pendatang asing yang diselamatkan di Laut Mediterranean semalam tiba di Sicily semalam selepas dibawa oleh kapal yang dikendalikan oleh Doctors Without Borders (MSF), yang turut membawa lima mayat mangsa.

Pendatang berkenaan dibawa ke Palermo selepas belayar dan berpindah ke beberapa bot berlainan sebelum mereka diselamatkan hujung minggu lalu. “Lima yang mati itu cuma sekadar nombor saja.

Salah seorang adalah anak kepada seorang wanita,” kata MSF dalam laman Twitter dengan memuat naik gambar seorang budak kecil sedang bermain di dek kapal.

Mangsa berkenaan iaitu terdiri empat wanita dan seorang lelaki yang ditemui mati di salah sebuah bot yang diselamatkan yang membawa 122 orang, Sabtu lalu. Kematian mereka mengikut ujian awal adalah berpunca daripada penyahhidratan.

Mereka yang terselamat berkata, bot mereka meninggalkan pantai perairan Libya untuk ke Itali selamat 13 jam belayar sebelum diselamatkan. Presiden MSF Itali, Loris De Filippi, memberi amaran sebarang kelewatan untuk menyelamatkan imigran itu hanya menyebabkan kematian.


Justeru beliau meminta kerajaan Eropah membuka laluan baharu yang halal untuk membolehkan imigran dan pelarian menggunakan zon selamat itu.

Lebih 1,900 pendatang meninggal dunia tahun ini selepas melakukan pelayaran merbahaya menyeberangi Mediterranean untuk ke Eropah.

Daripada jumlah itu, kira-kira 150,000 orang berjaya menyeberangi, demikian menurut laporan Pertubuhan Antarabangsa Bagi Pendatang. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori