KUANTAN – Enam anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal dari Balai Polis Muadzam Shah, Rompin, masing-masing dikenakan ikat jamin RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, di sini, selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan dan tidak melaporkan kesalahan suapan, Disember lepas.
Kesemua tertuduh minta dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan iaitu menerima suapan sebanyak RM8,000 dan tidak melaporkan rasuah.
Hakim Habibah Mohamed Yusof mengekalkan nilai jaminan RM5,000 berikutan dianggap berpatutan dengan kes dan menetapkan 3 September depan sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam. – Sinar Harian Online