Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Rasis: Bila Cina...

KENYATAAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak...

VIDEO: Nenek VS Kuda,...

SUDAH menjadi adat sekiranya ada sambutan hari jadi atau ulang tahun kelahiran, upacara...

Terengganu Sedia Dana Pinjaman...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyediakan RM2.5 juta sebagai dana pinjaman untuk manfaat...

Ajaib Tiada Masjid Rosak...

KATHMANDU - Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.9 skala Richter pada 25 April...

7 Ahli KWSP Didapati Bersalah Mengeluarkan Wang Secara Menipu

KUALA LUMPUR – Tujuh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah bersabit penipuan pengeluaran wang oleh mahkamah pada suku kedua 2015.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, mereka dituduh mengikut Seksyen 59 Akta KWSP 1991 dan didenda sebanyak RM10,000.

Menurutnya, pesalah terbabit dikenakan denda di antara RM500 dan RM3,000 serta diarah membayar balik keseluruhan jumlah yang dikeluarkan secara tidak sah itu.

“Pengeluaran secara menipu adalah kesalahan yang serius dan ahli yang didapati bersalah menghadapi hukuman berat dan mereka tidak lagi layak mengeluarkan wang KWSP mereka untuk skim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Naim berkata, 18 kes dikemukakan ke atas ahli kerana pengeluaran secara menipu dalam tempoh itu.


Enam daripada tujuh ahli terbabit didapati bersalah kerana pengeluaran wang untuk perumahan secara tidak sah dan seorang lagi kerana pengeluaran wang disebabkan hilang upaya.

Beliau menasihatkan ahli KWSP agar tidak menggunakan ejen atau sindiket bagi mengeluarkan wang KWSP, sebaliknya berurusan terus dengan KWSP kerana ia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori