Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Makanan Malaysia Mula Popular...

Kepelbagaian makanan tradisional yang dimiliki Malaysia dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong Indonesia...

30 Tahun Tinggal Bersama...

PATTALLASSANG, Sulawesi Selatan: Seorang warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua...

Bidang Tugas JPAM Diperluaskan...

KANGAR - Peranan dan tanggungjawab Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperluaskan sebagai...

Lelaki Maut Tersepit Antara...

MELAKA - Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit...

7 Maut, Beratus Cedera Bom Kereta Meletup Di Kabul

KABUL – Tujuh orang terkorban dan beratus yang lain cedera apabila bom kereta meletup awal pagi ini di sini, kata pegawai.

Serangan itu adalah yang pertama terhadap ibu negara Afghan sejak pengumuman kematian ketua Taliban, Mullah Omar.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan pada ketika Taliban mula merangka serangan biarpun selepas berlaku pergelutan dalam peralihan kuasa di kalangan pergerakan militan itu.

Bom berkenaan yang tidak dapat dipastikan sasaran sebenar, berlaku sehari selepas Taliban membunuh sembilan orang dalam serangan terhadap polis di selatan dan timur Afghanistan.

“Tujuh orang terkorban dan 198 orang yang cedera dibawa ke hospital,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar.

“Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital di bandar…angka kematian dijangka meningkat.”

Ketua Polis Kabul, Jeneral Abdul Rahman Rahimi pula berkata, lapan orang dilaporkan terbunuh dan 128 lagi cedera.


“Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan meletup di tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk di Shah Shaheed (timur Kabul).

Beberapa rumah dalam kawasan ini juga rosak. “Mereka yang terkorban dan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu bertujuan untuk menyebabkan kematian yang ramai,” katanya. – AFP/BH ONLINE

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori