Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Bantah Rahim...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membantah dengan keras...

Peguam Negara Tolak Representasi...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarah...

Anggota Sertai Demo Haram,...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggota parti yang...

Lepas Taylor, Loki Kini...

JIKA bekas teman wanitanya, Taylor Swift dilihat sudah beralih arah cuba memikat Zac...

7 Mayat Banduan Ditemui Dalam Penjara Guatemala

GUATEMALA CITY – Tujuh mayat banduan dalam penjara di sini ditemui dalam tong sampah dengan keadaan yang menunjukkan mereka diseksa, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Pegawai di Penjara El Boqueron menemui kesemua mayat itu yang menempatkan banduan dari Mara Salvatrucha, salah satu geng dadah yang didakwa mencetuskan keganasan di negara berkenaan.

Kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti identiti mereka.

Pegawai sedang menyiasat sama ada mereka dibunuh dalam pergaduhan di antara geng berkenaan.

Pada 8 Ogos lalu, tiga banduan lain ditemui mati di penjara yang sama di bandar Cuilapa. Mayat mereka juga menunjukkan kesan diseksa tetapi penyiasat berkata, mangsa tidak mempunyai kaitan dengan sebarang geng.


Penjara berkenaan menempatkan 521 banduan termasuk 286 dari geng Mara Salvatrucha, dengan ahlinya dikenali dengan tatu di seluruh badan. Pergaduhan di antara geng dadah didakwa menjadikan negara berkenaan sebagai salah satu negara paling ganas di dunia.

Daripada lima negara yang mencatat kes pembunuhan tertinggi di dunia, empat negara adalah dari Amerika Tengah. Guatemala di tangga kelima dengan kes pembunuhan pada nisbah 39.9 bagi 100,000 orang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP/BH ONLINE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori