Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

47,667 Calon Duduki Peperiksaan...

KUALA LUMPUR - Seramai 47,667 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi...

Bersih 2.0 Gesa Bentang...

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan...

Lelaki Berjersi MU Ceroboh...

POLIS bantuan RapidKL menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di stesen MRT...

97 Unit Rumah Kekal...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 97 unit rumah kekal telah siap dibina untuk mangsa...

Abdul Rahman Umum Langkah Selesai Masalah Air Kota Belud

KOTA BELUD – Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengumumkan langkah awal dan jangka panjang bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di daerah itu yang meruncing kesan daripada insiden gempa bumi di Sabah pada 5 Jun lalu.

Abdul Rahman berkata antara langkah segera yang akan diambil adalah menjalankan tinjauan udara bagi mendapatkan maklumat dan keadaan sebenar saliran air di daerah itu dan tinjauan itu akan disertai jurutera Jabatan Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Saliran.

Katanya catuan air juga akan dilaksanakan dan walaupun pendekatan itu tidak dapat mengatasi masalah air secara menyeluruh, namun ia akan membantu memastikan bekalan disalurkan secara berkala, lebih sistematik dan terkawal.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Air Kota Belud untuk membeli 10 buah pam bawah tanah yang baharu dan tempahan akan tiba dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Melalui penambahan ini, bekalan air dapat digandakan dan lebih ramai yang akan memperolehi bekalan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

“Selain itu, pam penggalak juga akan di pasang di loji air Pandasan untuk menambah tekanan air. Jika pam-pam (pam bawah tanah yang baharu) ini sudah tiba, pemasangan akan dimulakan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau juga telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah untuk menggerakkan semua jentera tangki berkapasiti tinggi bagi membekalkan air di masjid dan hospital berdekatan.

Katanya beliau juga akan memastikan pembekalan tong-tong biru (tangki kekal) dihantar segera untuk memudahkan proses penyimpanan air di setiap kampung.


Sementara itu, Abdul Rahman menjelaskan masalah air di Kota Belud bukan masalah baharu namun ia menjadi meruncing selepas gempa bumi di Sabah yang mengakibatkan banjir selut menyebabkan punca air dari Sungai Kadamaian tercemar dan Kota Belud kini hanya bergantung kepada punca air dari Sungai Wariu.

Katanya walaupun projek bekalan air luar bandar melibatkan pemasangan paip agihan telah siap dilakukan dan paip ke kampung-kampung di sekitar Kota Belud sudah siap seperti yang dijadualkan namun air tidak dapat disalurkan kerana kapasiti air di loji utama Kota Belud tidak mencukupi.

Menurutnya bekalan air Kota Belud kini diperolehi daripada sebuah pam bawah tanah dan dari loji air Pandasan dan pada masa ini Kota Belud mempunyai 10 buah pam bawah tanah yang mampu mengeluarkan 12 juta liter air sehari berbanding keperluan air penduduk Kota Belud yang kini mencecah hampir 36 juta liter sehari.

“Saya akan memastikan usaha untuk meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat Kota Belud akan terus ditambah baik, kerana setiap masalah penduduk amat penting dan dekat di hati saya,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori