Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Minta Jangan Sebar Video...

KUALA LUMPUR - Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan...

Cadang Tak Tanding Dun...

RAMAI pihak sedia maklum, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memang dikenali dengan sifat lantang...

SPRM Teliti Aduan Berkaitan...

PETALING JAYA : Semua aduan dan maklumat mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak...

Polis Terima Laporan Insiden...

SHAH ALAM – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar...

Abu Sayyaf Ancam Penggal Kepala Tebusan

PETALING JAYA – Selepas mematikan telefon bimbitnya selama sebulan, isteri kepada seorang tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf menghidupkannya kembali untuk menerima panggilan daripada kumpulan tersebut.

Namun, kumpulan tersebut mengancam untuk memenggal kepala suaminya.

Chan Wai See berkata dia menerima panggilan berbaur ugutan tersebut kira-kira pukul 5 petang Sabtu.

Chan berpeluang bercakap dengan suaminya, Bernard Then Ted Fen yang jelas didengari berada dalam keadaan bimbang dan takut.

Ia ada kali pertama Chan dapat bercakap dengan suaminya sejak akhir bulan Jun lalu sebelum mematikan telefon bimbitnya.

Kumpulan bersenjata itu memberitahu mereka akan memenggal kepala suaminya jika wang tebusan tidak dibayar.

Ahli keluarga tersebut meminta bantuan daripada kerajaan untuk membebaskan kedua-dua tebusan.

Then juga memberitahu seorang lagi tebusan yang ada bersamanya, Thien Nyuk Fun yang mengalami tekanan darah tinggi berada dalam keadaan kritikal.

“Perbualan antara saya dan suami hanya kurang seminit. Tidak seperti sebelum ini, dia tidak kedengaran dalam keadaan baik.

“Dia berkata dalam senarai seterusnya untuk dipenggal. Penculik kemudiannya merampas telefon bimbit tersebut dan memberitahu saya, mereka akan memenggal kepalanya jika wang tebusan tidak dibayar dengan segera. Talian kemudiannya terputus,” kata Chan sambil mengesat air matanya.

Beliau berkata talian telefon tidak begitu baik dan kedengaran seorang individu bercakap dalam bahasa Melayu di hujung panggilan.


“Saya amat bimbang mengenai nasib suami saya. Saya merayu kepada kerajaan untuk menyelamatkan suami saya daripada dipenggal,” katanya.

Chan tidak pernah berhubung dengan kumpulan tersebut sejak Julai lalu selepas diarahkan polis untuk mematikan telefon bimbitnya.

Dia menghidupkan semula telefon bimbitnya pada Jumaat lalu selepas membaca laporan media mengenai seorang tebusan Filipina yang dipenggal.

“Saya amat takut dan tidak tahu apa untuk dilakukan,” katanya.

Thien, 50, dan Then, 39, diculik dari sebuah restoran makanan laut, Ocean King di Sandakan, Sabah pada 14 Mei dan dibawa ke Kepulauan Jolo di selatan Filipina oleh kumpulan bersenjata.

Thien adalah pengurus restoran tersebut manakala Then dari Sarawak sedang bercuti di Sandakan.

Pada Isnin, keluarga tersebut bertemu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Putrajaya untuk meminta bantuan kerajaan menyelamatkan kedua-dua tebusan.

Nur Jazlan berkata kerajaan mempunyai polisi untuk tidak mengendahkan tuntutan wang tebusan.

Kumpulan militan Abu Sayyaf memenggal kepala seorang ketua kampung di Filipina pada 11 Ogos lalu selepas ahli keluarganya gagal membayar wang tebusan 1 juta peso (RM892,000). – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori