Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Telanjang Dada, Atlet Ini...

RIO DE JANEIRO -  Pakaian kontinjen dalam perarakan upacara pembukaan temasya terbesar dunia...

Tikam, Bakar Menantu Kakak,...

BUKIT MERTAJAM - Akibat perbuatan kejam cuba membunuh menantu kakaknya dengan cara menikam...

Lukisan Berharga Lebih RM5j...

LONDON – Sekeping luki­san yang dihasilkan oleh artis seni misteri Britain dikenali sebagai...

Nenek 73 Tahun Gigih...

KUALA NERUS – Walaupun berusia 73 tahun, Fatimah Hassan kelihatan bersungguh-sungguh melalui ujian...

Adakah Ini ‘Bersih’ Pada Pandangan Anda?

KAMI amat kecewa dengan perangai sesetengah individu yang sanggup mencemarkan keindahan bandar warisan di George Town, Pulau Pinang seperti mana gambar-gambar yang dikongsikan di bawah.

Anda lihatlah sendiri bagaimana ‘semangat’ penyokong perhimpunan Bersih bertindak samseng merosakkan dinding lukisan mural pada bangunan usang yang terletak di sekitar Georgetown dengan lambang perarakan haram tersebut.

Bukan setakat senireka bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat setempat, malah kenderaan-kenderaan awam turut dirosakkan oleh puak penentang kerajaan ini.

bersih2
Kenderaan-kenderaan awam diconteng dengan logo #Bersih4.0

Dikatakan, gejala vandalisme ini telah bermula sebelum perhimpunan Bersih 4.0 lagi.

Mungkin bagi mereka, rakyat Pulau Pinang akan memperoleh ‘semangat’ apabila melihat contengan tersebut.

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah benci dan meluat dengan kumpulan haluan kiri yang sentiasa menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam ini.

Gerombolan penyokong Bersih itu kononnya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil selain mendakwa kerajaan memanipulasi bilangan undian rakyat sehingga menyebabkan kumpulan pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 lalu.


Cuba fikir, jika benar kerajaan Malaysia begitu hebat mampu mengawal keputusan pilihanraya, apa perlunya P.Pinang, Selangor dan Kelantan dibiarkan terlepas ke tangan pembangkang?

Rumah penduduk kampung dirobohkan sesuka hati, perniagaan melayu dihapuskan atas alasan menganggu lalulintas, caj parking dinaikkan secara tidak munasabah, surcaj air dinaikkan sehingga 200 peratus dan perumahan untuk rakyat miskin diabaikan di Pulau Pinang — adakah ini “bersih dan adil” untuk rakyat?

Fikir-fikirkanlah… – Mynewshub.cc

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=8NSe8lCniUo

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori