Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Sebuah Gerai...

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan...

Untung Bersih Petronas Gas...

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd. bagi tahun kewangan yang berakhir...

Trio Anak-Beranak ‘Tag Team’...

ORANG kata melentur buluh biarlah dari rebungnya; perumpamaan itu sering digunakan untuk membentuk...

Astro Catat Peningkatan Pendapatan...

KONGLOMERAT penyiaran, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion...

Adi Putra Nafi Hidap Kanser, Kesal Berita Palsu Blog Hiburan

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba muncul khabar angin menerusi beberapa blog hiburan mendakwa pelakon kacak Adi Putra kini sedang dirawat di hospital akibat menghidap penyakit kanser.

Terkejut dengan berita tidak berasas itu, aktor filem Suami Aku Ustaz ini akui kesal dengan laporan palsu yang dipaparkan sedangkan dia masih lagi sihat daripada sebarang penyakit maut.

Adi Putra

“Saya berasa terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan kedudukan rating blog mereka.

“Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.


“Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah,” katanya kepada portal tempatan mStar Online.

Difahamkan, laporan palsu mengenai kesihatan aktor berasal dari Singapura itu mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial pada Khamis lalu.

Bagi tidak mengelirukan peminatnya, Adi Putra turut memuat naik artikel palsu itu di laman Instagramnya sambil meluahkan rasa kecewanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori