Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lima Helikopter Diatur Gerak...

KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan lima helikopter bagi...

Dukun Dakwa Ambil Wang...

PEKANBARU - Polis Indonesia menahan seorang dukun, Ki Purbo Lalang Jati, atas tuduhan...

UPKO Ucap Takziah Kepada...

KOTA KINABALU - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menzahirkan rasa sedih dan...

Cuaca Panas: Jemaah Menteri...

PONTIAN: Jemaah Menteri akan membincangkan sama ada untuk melanjutkan cuti persekolahan atau sebaliknya...

Ahmad Maslan: Bersih 4.0 Sendiri Yang Undang Geng Baju Merah

BERIKUTAN demonstrasi aksi seni bela diri yang dilakukan kumpulan anti-Bersih di perkarangan pusat beli-belah Sogo semalam, ada sebahagian netizen mengutuk tindakan tersebut kerana ia dilihat satu provokasi kepada perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung minggu ini.

Namun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menyifatkan situasi berkenaan sebagai reaksi kepada keputusan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil pimpinan Maria Chin Abdullah yang masih berkeras untuk mengadakan protes walaupun telah diharamkan pihak berkuasa.

ahmad-maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan

Melalui laman blognya ahmadmaslan.my beliau berkata, “Setiap aksi akan berlaku reaksi. Hasrat pelanggaran peraturan anda telah mengundang gerakan anti Bersih.

“Mereka kata jika anda batalkan protes jalanan, maka NGO-NGO yang berbaju merah itu akan membatalkan hasrat mereka.”

Hasil tulisan Ahmad Maslan di laman blog peribadinya
Hasil tulisan Ahmad Maslan di laman blog peribadinya.

anti-bersih


Selain itu, Ahli Parlimen Pontian tersebut turut mengingatkan pihak berkuasa agar mencegah sesuatu perkara sebelum ia memberi kesan yang buruk.

“Hairan… Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ia dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?,” soal Ahmad lanjut.

Melalui video dan foto yang menjadi viral kini, kumpulan baju merah yang menggelar diri mereka anti-Bersih berkumpul sambil melakukan pelbagai aksi lasak seperti memukul kepala dan badan dengan kayu sehingga patah serta memecah atap genting menggunakan kepala. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori